PIAGAM PELANGGAN SKTDJ
Kami warga Sekolah Kebangsaan Taman Damai Jaya, Johor bahru :- 1. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat Pendidikan Negara. 2. Memastikan tenaga pendidik yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab, inovatif, kreatif dan produktif. 3. Memastikan pengajaran dan pembelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan. 4. Memastikan setiap guru dan kakitangan sokongan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa. 5. memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan masyarakat, Kementerian Pendidikan dan Negara. 6. Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan tindakan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami. 7. Menentukan segala urusan surat menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera. 8. mewujudkan persekitaran budaya sekolah yang kundusif ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. 9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecenderungan akademik secara menyeluruh dan bersepadu. 
Next Page |