sktdj.zoom-a.com


SEJARAH SKTDJ

SK Taman Damai Jaya mengambil sempena nama Taman Damai Jaya. Sekolah ini dibina pada tahun 1992 dan mula beroperasi sepenuhnya 1 November 1994. Pada awalnya, ia terdiri daripada tiga blok bangunan dan sebuah blok kantin di atas tapak seluas 5.2 hektar. Pada tahun 2000 sebuah makmal komputer telah dibina, dan tahun 2009 sebuah bagunan 4 tingkat siap dibina dan mula beroperasi sepenuhnya pada seisi persekolahan tahun 2010. 

Guru Besar yang pertama ialah Tn.Hj.Mohd Hasni Bin Khalid (1994-2002). Selepas itu sekolah ini dterajui oleh Tn Hj Amat Aris Bin Hj.Atlan (2002-2005) dan diteruskan pula oleh En Azmi bin Sujak (2005-2008). Guru Besar sekarang adalah Pn Rehizan binti Samsuddin.

Murid sekolah ini terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pada tahun 1994 muridnya hanya 600 orang dan ketika ini melebihi 900 murid dan tenaga pengajarnya seramai 51 guru. Sekolah ini telah dinaikkan menjadi sekolah Gred A mulai 2002. Alhamdulillah, banyak kejayaan telah dicapai oleh sekolah ini samaada di dalam bidang kurikulum mahupun bidang kokurikulum.

Next Page

 

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: