sktdj.zoom-a.com


KATA ALUAN GURU BESAR SKTDJ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih saya ucapkan kepada Unit ICT SKTDJ 2009 kerana sudi memberikan saya ruang bagi menitipkan sepatah dua kata di dalam laman web ini. Terlebih dahulu, tahniah diucapkan kepada warga SKTDJ umumnya dan Unit ICT SKTDJ 2009 khususnya di atas kejayaan semua melahirkan laman web Sri Damai edisi yang pertama ini.

Segala usaha bersungguh-sungguh dan kerjasama yang diberikan oleh Unit ICT SKTDJ 2009 sehingga lahirlah sebuah laman web yang julung kalinya diwujudkan ini patutlah dihargai kerana ianya melambangkan komitmen yang tinggi dan kesabaran seluruh warga kerja Unit ICT.

Bagi saya, laman web SKTDJ merupakan satu saluran dan wadah pemangkin yang boleh dijadikan pengerat hubungan yang sedia wujud antara guru, ibu-bapa dan juga murid-murid. Hubungan yang telus dan mantap ini diharapkan akan dapat menyumbangkan kearah kemajuan, prestasi serta kecemerlangan yang berterusan dan berkekalan samaada di dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.

Harapan saya, semoga laman web SKTDJ ini akan terus mekar dan menjadi kebanggaan semua warga sekolah dan masyarakat setempat. Saya berdoa semoga akan lahir edisi laman web yang lebih canggih yang akan menjadi lambang perpaduan warga SKTDJ ini.

Sekian, terima kasih.

Next Page

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: